MIFTAH
QIRAAT SAB'AH
Syarah Matan Al-Shatibi
Bacaan Al-Quran Mengikut Kaedah Tariq Al-Shatibi
Karya
Muhad Bidin Al-Makhdumi

Buku ini untuk siapa?
Pelajar Pengajian Qira'at
Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran
Huffaz yang ingin mendalami disiplin Qira'at
Guru al-Quran dan Guru Qira'at
Mahasiswa bidang Pengajian Islam dan al-Quran
Pensyarah / Tenaga Pengajar
Penuntut Ulum al-Quran
Mereka yang ingin mengenali ilmu Qira'at dengan lebih mendalam
Melestarikan Ilmu Qira'at
Ilmu Qira'at merupakan salah satu disiplin penting dalam tradisi pengajian Islam. Kelangsungan ilmu ini memerlukan usaha pembelajaran, pengajaran, penulisan dan penyebaran yang berterusan agar khazanah keilmuan tersebut terus diwarisi oleh generasi seterusnya.
Miftah Qiraat Sab'ah hadir sebagai sebahagian daripada usaha tersebut melalui sebuah karya rujukan dalam Bahasa Melayu yang memberi tumpuan kepada pengajian Qira'at Sab'ah berdasarkan kaedah Tariq al-Shatibi.

